Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM “SATU BULAN SATU IQRA (1B1I)” TAHUN 1439H / 2018M

Bandar Seri Begawan, Selasa, 15 Mei 2018–Jabatan Pengajian Islam (JPI) sangat menitikberatkan kepentingan bacaan al-Quran murid-murid di persekolahan ugama sebagai salah satu mekanisme untuk melahirkan “Generasi al-Quran” yang disasarkan kepada murid-murid kategori “Jim dan Dal” dan sebagai  mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi pembacaan al-Quran bagi murid-murid sekolah ugama dengan beberapa inisiatif/ aktiviti / program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam kearah melahirkan murid-murid Muslim yang sejati.

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam kampong Mulaut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Ustazah Dayang Hajijah binti Haji Moktal, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Adapun tujuan program diadakan ialah untuk meningkatkan pembacaan al-Quran bagi murid-murid Kategori “Jim dan Dal” sekolah-sekolah ugama; mendidik murid-murid supaya sentiasa membaca al-Quran sebagai amalan; dan mengurangkan jumlah murid-murid Kategori “Jim dan Dal” (Sifar Kategori Jim dan Dal).

Sasaran program ialah kepada murid-murid Kategori “Jim dan Dal”, dari kelas Pra hingga darjah VI sekolah-sekolah ugama seluruh Negara termasuk murid-murid Bukan Berugama Islam.

Acara majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah;  Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Yang Mulia Ustazah Dayang Sinega binti Haji Swadi;  Ucapan dan pelancaran program oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Hajijah binti Haji Moktal;  Persembahan dari anak-anak murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop;  dan Penyerahan buku catatan 1 Bulan 1 Iqra’.

Attachments