Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 8 NOVEMBER 2022

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan, Isnin, 12 Rabiulakhir 1444H bersamaan 07 November 2022M–Sukacita merujuk permakluman Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bahawa fenomena gerhana bulan penuh insyaAllah akan berlaku di Negara Brunei Darussalam pada hari Selasa, 14 Rabiulakhir 1444 Hijrah bersamaan 08 November 2022 Masihi, bermula jam 6.16 petang hingga 8.49 malam.

Umat Islam adalah disunatkan untuk menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan jika sabit berlakunya gerhana. Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan pada hari tersebut, selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara, dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

Oleh yang demikian, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan pada hari dan masa yang telah dinyatakan dengan mengikut garispanduan dan tatacara yang telah ditetapkan ketika berada di masjid, surau dan balai ibadat serta mematuhi nasihat-nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Attachments