Permohonan
Surat permohonan kepada Setiausaha Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal. Mengisikan borang latar belakang pusat penyembelihan di luar negara. Menyertakan prospektus syarikat atau pusat penyembelihan di luar negara.
Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal
Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat apabila menerima permohonan dan akan menimbangkan permohonan berdasarkan: Jumlah daging yang diperlukan sahaja akan di import ke Negara Brunei Darussalam dengan mengambil kira jumlah daging keluaran tempatan. Daging hanya di import dari negara-negara di mana binatang-binatangnya bebas dari penyakit-penyakit merbahaya dan berjangkit. Pemohon hendaklah memiliki kemudahan-kemudahan penyimpanan yang bersih dan mencukupi. Pengimport hendaklah orang yang beragama Islam.
Laporan Jawatankuasa Lembaga Kepada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB)
Jawatankuasa Lembaga akan melaporkan keputusan mesyuarat Lembaga ke MUIB. MUIB akan bersidang bagi mempertimbangkan permohonan tersebut. Jika mUIB bersetuju atas permohonan tersebut, Yang Dipertua MUIB akan mengarahkan Jawatankuasa Pemeriksa Pusat Penyembelihan Binatang untuk memeriksa pusat penyembelihan itu dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh pemohon.
Pemeriksaan Jawatankuasa Pemeriksa Pusat Penyembelihan Binatang
Tujuan pemeriksaan:
Jawatankuasa akan mempastikan perkara berikut:
1. Penyembelih hendaklah beragama Islam dan dibenarkan oleh undang-undang negara berkenaan untuk menyembelih binatang menurut Hukum Syarak.
2. Sekurang-kurangnya dua orang pekerja tetap beragama Islam dan akan sentiasa hadir semasa penyembelihan binatang, pembungkusan, pemunggahan dan
pengangkutan binatang tersebut.
3. Keadaan binatang hendaklah dalam (Hayat Mustaqirrah) ketika disembelih.
4. Urat Hulkum dan Mari’ mestilah dipotong menurut Hukum Syarak.
5. Mempastikan alat yang digunakan untuk menyembelih jenis pisau yang tajam dan bukan alat yang terdiri dari tulang, kuku dan gigi.
6. Penyembelih hendaklah melafazkan kalimat ‘Basmalah’ semsa penyembelihan.
7. Penyembelihan mestilah dilakukan sekali sahaja dan alat yang digunakan jangan diangkat daripada leher binatang semasa proses penyembelihan.
8. Penyembelihan ayam tidak dibenarkan menggunakan stunning.
9. Bagi negara yang memperundang-undangkan penggunaan Stunning perkara berikut hendaklah dipatuhi:
a) Stunning hanya mengakibatkan binatang pengsan untuk sementara waktu sahaja.
b) Stunner tidak menembusi atau memecahkan kepala binatang.
c) Stunner tidak mengakibatkan kerosakan otak kekal atau kematian atau kecacatan badan binatang.
10. Mempastikan daging halal tidak bercampur dengan daging yang tidak halal dalam semua peringkat.
Pegawai Pemerhati dari Kementerian Hal Ehwal Ugama
Tujuan Pemerhati:
1. Mempastikan penyembelihan dilakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Pemeriksa.
2. Jika didapati penyembelihan itu tidak halal, hendaklah daging itu ditanda dengan perkataan NH (Non Halal) atau NB (Non Brunei) dengan mengawasi mana
daging itu dibawa.
3. Mempastikan daging halal tidak bercampur dengan non halal.
4. Menghantar daging yang telah disahkan ke pelabuhan dan mempastikan pemunggahan ke dalam kapal atau kontena.
5. Mengesahkan dan menandatangani stiker yang ditampal pada kotak atau bungkusan yang akan dihantar ke Negara Brunei Darussalam.
Pengesahan Permit Import dan Borang Approved Permit (AP)
1. Sebelum memasukkan daging ke Negara Brunei Darussalam pemohon hendaklah mengisi borang permit dan borang Approved Permit jabatan kastam untuk disahkan oleh Pegawai BKMH.
2. Daging yang tiba ke Negara Brunri Darussalam akan diperiksa oleh pegawai-pegawai BKMH di Pos Kawalan masuk ke Negara Brunei Darussalam.
3. Pegawai BKMH akan memastikan jumlah daging yang diimport sama dengan jumlah yang dipohonkan dalam permit.
Pemeriksaa Semasa Penjualan
1. Pegawai-pegawai BKMH akan sentiasa melakukan pemeriksaan semasa daging dijual di Negara Brunei Darussalam.
2. Pemohon hendaklah sentiasa mempamerkan Permit Import, Sijil Halal dan Tanda Halal semasa penjualan daging tersebut di Negara Brunei Darussalam.
Cawangan Daerah Brunei dan Muara:
Bahagian Kawalan Makanan Halal
Jabatan Hal Ehwal Syari’ah
Tkt 2, Jalan Elizabeth II,
Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama)
Bandar Seri Begawan. BS3510
Negara Brunei Darussalam
Phone: (673) 2242570
Cawangan Daerah Belait:
Unit Kawalan Makanan Halal.
Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam,
Lot No. 3850, Simpang 63, Jalan Dato Shahbandar,
Kampong Melayu Asli, Kuala Belait, KA 1331,
Negara Brunei Darussalam
Belait: (673) 3342203
Cawangan Daerah Tutong:
Unit Kawalan Makanan Halal,
Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Kampung Suran,
Daerah Tutong, TA 1741,
Negara Brunei Darussalam
Tutong: (673) 4221486 / 4221487
Cawangan Daerah Temburong:
Unit Kawalan Makanan Halal,
PWD 175, Bahagian Hal Ehwal Syariah,
Pekan Bangar,
Daerah Temburong, PA 1151,
Negara Brunei Darussalam
Temburong: (673) 5222034