Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Penapisan

Menapis setiap bahan terbitan yang dibawa masuk ke negara ini mengikut garispandu yang telah ditetapkan. Bahan terbitan yang dimaksudkan ialah sebagaimana dalam takrifan “terbitan” Bab 2 dari Akta Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini (Pindaan) 2007 iaitu :

  • Takrifan bagi "terbitan" ialah: mana-mana yang berikut selain dari filem
  • Apa-apa buku, majalah atau majalah berkala, sama ada dalam bentuk manuskrip;
  • Apa-apa rakaman bunyi;
  • Apa-apa gambar atau lukisan, sama ada dibuat melalui grafik komputer ataupun selainnya tidak kira bagaimana jua pun dibuat;
  • Apa-apa gambar foto, negatif fotograf, plat fotograf atau slaid fotograf; atau
  • Apa-apa kertas, model, arca, pita, cekera, benda atau barang :-

- Yang telah dicetak atau ditera di atasnya dengan sebarang perkataan, pertanyaan, tanda atau gambaran; atau
- Yang merekodkan atau menyimpan sebarang maklumat untuk didapatkan kembali dengan serta merta atau pada masa depan yang boleh, dengan menggunakan sebarang komputer atau alat elektronik lain, dikeluarkan semula atau ditunjukkan sebagai apa-apa gambar, gambar foto, perkataan, pertanyaan, tanda atau gambaran, dan termasuk satu salinan sebarang terbitan

Sebarang urusan dan pertanyaan bolehlah berhubung terus ke kaunter Bahagian Penapisan dan Pameran, Pusat Da'wah Islamiah, Kampong Pulaie, Jalan Berakas pada waktu pejabat atau d talian 2383996 sambungan 144/158/166/212


Waktu Pejabat:
7.45 Pagi - 12.15 Tengahari
1.30 Petang - 4.30 Petang